

Pada 12 hingga 15 Desember lalu, percutian yang aku rancang lebih sebulan lalu terlaksana juga. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar, mengenali rakan baru, masih ada juga insan yang boleh kita percaya dalam syak-wasangka. Kadangkala dunia kejam terhadap kita, atau kita sendiri yang kejam?
Bergerak dari KL sentral pada 2030jam aku tiba di Wakaf Bharu pada 1100jam keesokan harinya, bermaksud bergerak pada 11/12/11 tiba 12/12/11. Setiba di Wakaf Bharu dengan segera aku membeli tiket untuk pulang ke KL, tanya dikauter, tiket untuk 14/12/11 dah habis! Apa? dah habis! bentak aku, bajet percutian cuma 3 hari, tiket yang ada pun 19/12/11. Biar betul? Aku agak keruan juga mula-mula, tapi jeda waktu itu dikejutkan dengan makluman dari penjaga kaunter tiket kelas ketiga pada 15/12/11 ada satu. Mungkin ada yang menolak tempahan. Alhamdulillah, dapat juga tiket untuk pulang ke KL. Lalu aku bergerak ke tempat menunggu teksi, aku menunggu giliran, akhirnya ada juga teksi yang tiba, dengan kadar RM20 dari Wakaf Bharu ke The One Station Hotel Kota Bharu, berhadapan dengan TESCO Kota Bharu, aku mengenali Haji Pa dengan borak kosaong dia menunjukkan bukti harga perjalanan yang telah ditetapkan oleh JPJ Kota Bharu, kadar yang berpatutan dan untung untuk mereka yang bercuti bersama-sama rakan.
Aku mengenali seorang rakan di Kota Bharu, yang dikenali melalui laman sesawang. Seorang remaja yang baik dan berbudi pekerti, selepas penat dari perjalan KL ke Wakaf Bharu, aku berehat di hotel sehingga malam, pada pukul 1000jam aku terasa lapar jadi ajak kawan baru aku untuk kudapan malam, hanya makan di restoren segera, tak macam bercuti, baik makan kat KL sahaja. Tapi disebabkan hujan, aku memilih tempat makan yang terdekat. TESCO sahajalah destinasinya.
Selepas makan aku bergerak ke Wakaf Che Yeh, malam yang sama dan hujan sudah reda, jadi berjalanlah dengan bermotosikal malam 12/11/12 ke Wakaf Che Yeh, adalah dalam 20 minit dari hotel yang aku sewa, hanya melihat jualan, tak ada apa yang aku beli, melihat harga berpatutan dan yang penting tawar menawar adalah penting-kata kunci untuk membeli belah di Kota Bharu-. Kemudian aku dikenalkan dengan 2 orang rakan yang baharu juga, dari Kota Bharu cuma kampung berlainan. Bergerak ke Pantai Cahaya Bulan atau juga dikenali PCB. Laut bergelora dan tak mengizinkan aku untuk menikmati pantai untuk malam tersebut. Walaupun puas mencari pantai lainnya-Pantai Kuda-
Bergerak ke tempat makan malam, tak ada apa yang menarik hanya makan nasi goreng kampung, jadi yang lain terpaksa memesan yang sama disebabkan kedai dah nak tutup, ketika tu hampir 0000jam. Selepas makan, kami bergerak ke Stadium Kota Bharu, tak besar mana, tapi pada aku cukuplah sekadar berjalan-jalan melihat suasana sebenar di Kota Bharu.
Bersambung...