
Isu demi isu berkait, pilihan raya pun berlalu. Peralihan kuasa juga telah diumumkan dengan jaya. Pelbagai tafsiran dan rasa tidak puas hati digegak gempita oleh individu2 yang ingin memastikan Malaysia terus dipimpim oleh yang Hak.
Sebagai belia yang hidup di Malaysia, bukanlah rasa terkilan sebaliknya bangga dengan cara ahli politik negara membawa isu yang sama kadang kala jadi muak dengan suapan berita-berita yang berat sebelah-bukan semua media- walhal apa yang dapat aku ringkaskan mereka tetap ahli politik yang bijak mengatur strategi demi mencapai maksud masing-masing. Perkembangan semasa sentiasa aku perhati. Mereka hanya inginkan yang terbaik. kalau kiranya dunia ini semua yang ada adalah yang baik-baik maka pastinya takkan ada sengketa antara Israel dan Palestin. Kita sebagai khalifah dibumi ini, selagi ada suara, tetap pendirian dan nyatakan, suatu hari Yang Hak akan menang juga. Insyallah. :-).
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut bincagkan, ada akal pakai.
No comments:
Post a Comment