Waktu Dunia

Thursday, May 7, 2009

Our Proud... ?


Masa depan bukan menjanjikan Syurga. Itulah kata yang sering aku bayangkan bila terlihat bus nih kat KL. Rasa bangga pun ada sebab yang lama masih tetap ada dan pengguna nyer. Kalau ko orang ingat pasal bas mini, pertama kali aku jejakkan kaki ker kl nih, bas tuh yang aku cari.
Bangga??? itu persoalan aku pada ko orang. Bukan apa ada cerita menarik aku nak khabarkan, bukan saja pasal bas tapi kegunaan awam nih. Sedar atau tak, semasa kita menaiki mahupun menuruni kenderaan awam nih, sudah ada mata yang perhatikan kita. Pertama selagi niat mereka, maksud aku dari positif ataupun negatif, ada yang berniat baik, ada pula sebaliknyer.
Apa yang menarik tentang perkara nih ialah penyeluk saku. Perkara nih dah sedia maklum dan koorang pun rasa dah faham sendiri. Bagaimana pula kalau tiba-tiba seseorang tegur ko orang dan ajak ko orang berbual. Budi bahasa budaya kita. Aku ditegur oleh seorang yang aku anggap pakcik, alangkah baiknyer kalau yang tegur tuh muda. Aku dapat bezakan generasi dulu dan sekarang jauh beza, berani bertegur dan berborak, mungkin sebab matang kot, lain ler remaja2 sekarang, segan ataupun dah tak ambil kesah.
Aku mingkin berani nak buat macam tuh, macam mana pula koorang??? Tepuk dada tanya selera. Selagi kita hidup orang sekeliling kita adalah watak sampingan yang menggerakkan cerita kita, kita pula watak utama dan pendokong kepada jalan cerita tersebut, yang penting, langkah pertama bukanlah menjanjikan syurga sebab, perjalanan tuh terlalu panjang untuk kita noktahkan dengan syurga. :-) Fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment