
Belasungkawa ku titipkan pada keluarga diraja Johor, moga baik-baik sahaja Sultan kita dan diharap Allah akan pelihara Sultan kita seadanya, insyallah.
Dalam masa yang singkat dan lama juga tak update, aku dikejutkan dengar perkhabaran tentang kegeringan baginda.
Lama juga baginda Sultan Iskandar memerintah dan pastinya meninggalkan banyak kesan kepada seluruh orang Johor terutamanya, Pemangku Sultan, Tunku Ibrahim Ismail yang mengangkat sumpah hari ini, adalah tokoh yang paling sesuai dan berkaliber, sifat mesra rakyat serta rendah diri semestinya menyejukkan hati untuk seketika dalam waktu yang gering ini. Pastinya rakyat Johor mengharapkan segalanya akan bersudah dengan baik.
Mudah-mudahan Tuanku Sultan Iskandar baik dan sihat hendaknya.
Ameen.
No comments:
Post a Comment