Waktu Dunia

Monday, December 6, 2010

Mulakan...

Selalunya kita akan rasa cepat mengalah atau rasa bersalah dengan kesalahan yang telah kita lakukan, dan dari sinilah bermulanya lemah semangat n cepat nak mengalah... Kita perlu faham bahawa kita bukanlah sempurna dan percayalah, kita pastikan akan melakukan kesilapan. Sama ada kita sedar atau tidak, malangnya, lebih menyakitkan kalau kesalahan itu ditegur oleh orang lain... Kenapa??? tak bolehkah kita cermin diri kita dan baiki kesalahan itu sendiri? Pernah tak tanya... kenapa Tuhan ciptakan kita ibubapa, adik beradik dan rakan2... Segala yang kita lalui adalah perkara pokok dalam kehidupan... maksudnya.... kita saling memerlukan... kadang2 ada yang boleh bertolak ansur... tapi ada pula yang yang bertegas.... inilah hakikat kehidupan.

Segalanya bermula dengan HARI, esok lusa dan seterusnya, yang mengubahnya adalah diri kita sendiri.... kenapa??? Tak yakin... tak mengapa... mulakan dengan langkah yang kecil agar kita dapat menikmati hawa udara yang tenang, dari langkah yang pantas, akhirnya kita keletihan.

Bukanlah nak jadi pakar motivasi, sebaliknya hanya berkongsi...

No comments:

Post a Comment