Waktu Dunia

Thursday, February 10, 2011

Biru Ke Hitam

Kalau diibaratkan warna jelas ko orang akan memilih biru, sebab nampak baik dan elok, sedangkan hitam pula adalah warna yang sukar dan kelam.

Apa yang nak aku sampaikan ialah, tak semestinya baik itu elok, jahat itu kejam, dan tak semestinya kita terpaksa buat pilihan. Kehilangan Aspire Biru aku adalah amat mengejutkan, dalam sekelip mata sahaja, duit yang aku kumpul utk memiliki Netbook hilang macam tu sahaja, buat baik dibalas baik, buat jahat, biar sekali. Sebab buat jahat biar sekalilah, netbook aku hilang, setiap perkara yang kita buat ada balasan, sama ada cepat atau lambat.

Kenapa pula hitam? Sebab baru2 nih nak beli netbook punya pasal sebab bosan tak dapat nak berinternet, aku paksa juga, bukian senang nak senang, lepas je hilang netbook, berangan juga nak beli, jadi beriya-iya nak pergi beli, sampai je kat kedai bajet tak mencukupi sebab Rm 1200 je. Jadi terpaksa aku langsai bayar Rm 1500 baru dapat beli yang baru, kira seminggu juga menunggu.

Bukan saja netbook hilang, nokia E72 pun lesap juga, senang saja tuhan nak ambil pada kita, fikir2 balik, tak pa lah, tuhan nak uji sama ada aku ni jenis bersyukur atau tak. Sebabnya sebelum hilan barang nih semua, aku punya masin mulut ada cakap
"Menyesal pula beli barang-barang ni...", kata hati ler sebab tak guna sangat.
Bila dah hilang baru aku sedar kenikmatan dan kegunaannya penting pada aku.

Tidak mengapa hari esok masih ada, jadi kumpul je duit, lepas tuh beri baru. Pada yang kaki rebat pulak, mesti ada balasan yang setimpal juga, ingat2 orang yang berusaha mencari duit utk miliki barang tu dengan titik peluh sendiri, kalaulah tuhan zalim lepas curi tu kemalangan, tak ke niaya diri sendiri. Usahalah sendiri, rasa nikmat miliki barang tu akan dirasakan lain, dari merembat akhirnya rasa bersalah, nak minta maaf belum tentu jumpa, dekat akhirat menghadap sajalah.

kita di dunia saling memerlukan, mintalah dengan cara yang baik dan mengikut daya usaha sendiri, jika menjadi peminta sedekah ditepi jalan adalah rezeki yang memnag tuhan nak bagi, 100 orang yang lalu kat depan kita tu akan hulur duit juga dengan hasil titik peluh dia.

Fikir2kanlah.

No comments:

Post a Comment