Waktu Dunia

Wednesday, December 21, 2011

Kota Bharu



Pada 12 hingga 15 Desember lalu, percutian yang aku rancang lebih sebulan lalu terlaksana juga. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar, mengenali rakan baru, masih ada juga insan yang boleh kita percaya dalam syak-wasangka. Kadangkala dunia kejam terhadap kita, atau kita sendiri yang kejam?
Bergerak dari KL sentral pada 2030jam aku tiba di Wakaf Bharu pada 1100jam keesokan harinya, bermaksud bergerak pada 11/12/11 tiba 12/12/11. Setiba di Wakaf Bharu dengan segera aku membeli tiket untuk pulang ke KL, tanya dikauter, tiket untuk 14/12/11 dah habis! Apa? dah habis! bentak aku, bajet percutian cuma 3 hari, tiket yang ada pun 19/12/11. Biar betul? Aku agak keruan juga mula-mula, tapi jeda waktu itu dikejutkan dengan makluman dari penjaga kaunter tiket kelas ketiga pada 15/12/11 ada satu. Mungkin ada yang menolak tempahan. Alhamdulillah, dapat juga tiket untuk pulang ke KL. Lalu aku bergerak ke tempat menunggu teksi, aku menunggu giliran, akhirnya ada juga teksi yang tiba, dengan kadar RM20 dari Wakaf Bharu ke The One Station Hotel Kota Bharu, berhadapan dengan TESCO Kota Bharu, aku mengenali Haji Pa dengan borak kosaong dia menunjukkan bukti harga perjalanan yang telah ditetapkan oleh JPJ Kota Bharu, kadar yang berpatutan dan untung untuk mereka yang bercuti bersama-sama rakan.
Aku mengenali seorang rakan di Kota Bharu, yang dikenali melalui laman sesawang. Seorang remaja yang baik dan berbudi pekerti, selepas penat dari perjalan KL ke Wakaf Bharu, aku berehat di hotel sehingga malam, pada pukul 1000jam aku terasa lapar jadi ajak kawan baru aku untuk kudapan malam, hanya makan di restoren segera, tak macam bercuti, baik makan kat KL sahaja. Tapi disebabkan hujan, aku memilih tempat makan yang terdekat. TESCO sahajalah destinasinya.
Selepas makan aku bergerak ke Wakaf Che Yeh, malam yang sama dan hujan sudah reda, jadi berjalanlah dengan bermotosikal malam 12/11/12 ke Wakaf Che Yeh, adalah dalam 20 minit dari hotel yang aku sewa, hanya melihat jualan, tak ada apa yang aku beli, melihat harga berpatutan dan yang penting tawar menawar adalah penting-kata kunci untuk membeli belah di Kota Bharu-. Kemudian aku dikenalkan dengan 2 orang rakan yang baharu juga, dari Kota Bharu cuma kampung berlainan. Bergerak ke Pantai Cahaya Bulan atau juga dikenali PCB. Laut bergelora dan tak mengizinkan aku untuk menikmati pantai untuk malam tersebut. Walaupun puas mencari pantai lainnya-Pantai Kuda-
Bergerak ke tempat makan malam, tak ada apa yang menarik hanya makan nasi goreng kampung, jadi yang lain terpaksa memesan yang sama disebabkan kedai dah nak tutup, ketika tu hampir 0000jam. Selepas makan, kami bergerak ke Stadium Kota Bharu, tak besar mana, tapi pada aku cukuplah sekadar berjalan-jalan melihat suasana sebenar di Kota Bharu.

Bersambung...

Thursday, February 10, 2011

Biru Ke Hitam

Kalau diibaratkan warna jelas ko orang akan memilih biru, sebab nampak baik dan elok, sedangkan hitam pula adalah warna yang sukar dan kelam.

Apa yang nak aku sampaikan ialah, tak semestinya baik itu elok, jahat itu kejam, dan tak semestinya kita terpaksa buat pilihan. Kehilangan Aspire Biru aku adalah amat mengejutkan, dalam sekelip mata sahaja, duit yang aku kumpul utk memiliki Netbook hilang macam tu sahaja, buat baik dibalas baik, buat jahat, biar sekali. Sebab buat jahat biar sekalilah, netbook aku hilang, setiap perkara yang kita buat ada balasan, sama ada cepat atau lambat.

Kenapa pula hitam? Sebab baru2 nih nak beli netbook punya pasal sebab bosan tak dapat nak berinternet, aku paksa juga, bukian senang nak senang, lepas je hilang netbook, berangan juga nak beli, jadi beriya-iya nak pergi beli, sampai je kat kedai bajet tak mencukupi sebab Rm 1200 je. Jadi terpaksa aku langsai bayar Rm 1500 baru dapat beli yang baru, kira seminggu juga menunggu.

Bukan saja netbook hilang, nokia E72 pun lesap juga, senang saja tuhan nak ambil pada kita, fikir2 balik, tak pa lah, tuhan nak uji sama ada aku ni jenis bersyukur atau tak. Sebabnya sebelum hilan barang nih semua, aku punya masin mulut ada cakap
"Menyesal pula beli barang-barang ni...", kata hati ler sebab tak guna sangat.
Bila dah hilang baru aku sedar kenikmatan dan kegunaannya penting pada aku.

Tidak mengapa hari esok masih ada, jadi kumpul je duit, lepas tuh beri baru. Pada yang kaki rebat pulak, mesti ada balasan yang setimpal juga, ingat2 orang yang berusaha mencari duit utk miliki barang tu dengan titik peluh sendiri, kalaulah tuhan zalim lepas curi tu kemalangan, tak ke niaya diri sendiri. Usahalah sendiri, rasa nikmat miliki barang tu akan dirasakan lain, dari merembat akhirnya rasa bersalah, nak minta maaf belum tentu jumpa, dekat akhirat menghadap sajalah.

kita di dunia saling memerlukan, mintalah dengan cara yang baik dan mengikut daya usaha sendiri, jika menjadi peminta sedekah ditepi jalan adalah rezeki yang memnag tuhan nak bagi, 100 orang yang lalu kat depan kita tu akan hulur duit juga dengan hasil titik peluh dia.

Fikir2kanlah.

Monday, December 6, 2010

Mulakan...

Selalunya kita akan rasa cepat mengalah atau rasa bersalah dengan kesalahan yang telah kita lakukan, dan dari sinilah bermulanya lemah semangat n cepat nak mengalah... Kita perlu faham bahawa kita bukanlah sempurna dan percayalah, kita pastikan akan melakukan kesilapan. Sama ada kita sedar atau tidak, malangnya, lebih menyakitkan kalau kesalahan itu ditegur oleh orang lain... Kenapa??? tak bolehkah kita cermin diri kita dan baiki kesalahan itu sendiri? Pernah tak tanya... kenapa Tuhan ciptakan kita ibubapa, adik beradik dan rakan2... Segala yang kita lalui adalah perkara pokok dalam kehidupan... maksudnya.... kita saling memerlukan... kadang2 ada yang boleh bertolak ansur... tapi ada pula yang yang bertegas.... inilah hakikat kehidupan.

Segalanya bermula dengan HARI, esok lusa dan seterusnya, yang mengubahnya adalah diri kita sendiri.... kenapa??? Tak yakin... tak mengapa... mulakan dengan langkah yang kecil agar kita dapat menikmati hawa udara yang tenang, dari langkah yang pantas, akhirnya kita keletihan.

Bukanlah nak jadi pakar motivasi, sebaliknya hanya berkongsi...

Sunday, December 5, 2010

Promosi P1 dan The Body Shop






Dalam diam2 dah dekat hujung tahun rasanya, last masa tulis bloh nih bulan 2.... huih.... lama nya.... Apa yang aku nak kongsikan buat masa ni ialah 2 perkara pokok yang slalu aku akan carik.... apa lagi P1 n The Body Shop.

Aku dapat pangilan dari seorang pekerja dari P1 center, katanya ada promosi terbaru... W1ggY, apa yang terbaru sangat, hehehe... kira duit untuk poket diorang tahun depan ler kiranya nih.... Dengan hanya menambha RM30 jerk aku akan dapat menggunakan dimana2 tak kira masa... tapi syarat utama nya ialah, kene ler ade coverage, mula2 macam nak tolak, tapi bila fikir balik nak gak cuba, lagipun caller tuh macam baik jerk hehehe bersungguh menerangkan kelebihan w1ggy yang baru nih, tak ada contrak, just bulanan add RM30 dan dapat rebate RM50 kalau terminate kannya, kalau tak minat dah lah maksudnya tuh... jadi aku cuba, try gak guna... erm puas hati kelajuan sama dengan P1 kat rumah, leh download movies n lagu kurang dari 1minit-kalau kurang dari 2mb ler guys... hehehe, ok sangat n puas hati,.... Tapi kalau nak ikut bajet utk tahun 2011.... bahaya gak... macam lari... or maybe aku nak terminate dua2 sekali-p1wimax n w1ggy... Maybe kot... save RM130 monthly.

The Body Shop plak, untuk bulan nih aku ada beli 1 barang baru, n satu lagi dari 2009 n sekarang baru habis, barang baru yang aku maksudkan Kistna Body n Hair Shower, barang lama tuh plak Peppermint Cooling Feet... hampir RM100 gak berhabis tapi puas hati guys...









The Latest, jadik ahli Watson Card Member.... kalau ikutkan, promosi diorang lebih baik sikit, walaupun dalam Newspaper jarang keluar, tapi murah sikit dari yang lain... Aku memang suka ker Watson dari yang lain...mungkin kualaiti idorang n harga kot.... :-)

Apa yang koorang nak n perlu.... hendaklah korg fikir panjang, mana yang penting... Jangan membazir or ikut nafsu sangat... sakit korang hujung bulan nanti hehehe....

P/s: Peringatan ini khas utk diri sendiri. :-P

Friday, February 5, 2010

Piagam Pelanggan

Hari cuti2 nih, macam biasa aku lepak ler kat McD ampang park, coz bosan plak duk umah. Then, dalam pada tuh aku tertarik dengan staff dia yang very da hapening, kira kecoh coz mungkin sbb ada nyer PLU kot???

But itu bukan persoalan, kebanyakkan dalam dunia skrg nih, PLU boleh dikatakan agak agresif n positif dalam bekerja, walaupun ada yang tak endah, tapi bukan semua, coz dalam pada itu jika dah minat diaorag akn lebih fokus lgi.

Di Malaysia, piagam pelanggan masih baru n nak dapatkan 5***** bukan ler mudah, sbb tak ramai faham, apa yang selalu diamalkan kat sini ialah pelangan sentiasa belu!!!, dua perkara yang berbeza tapi motif nyer sama, cuma perlu adil dan saksama, contoh, kalau koorg dah dapat servis yang baik tapi disebbkan hal kecil, macam tertumpah air kat baju korg perlu ker korg menjerit didepan ramai org??? jadila manusia n fikirkan jerk k, nampak sangat yang kita sebagai pelangan tidak profesional, betul tak?

Dalam memstikan mendapat tempat dihati pelanggan, jgn ler buat muka kat pelanggan, lagi2 kat shopping complex, kadang2 terasa jugak macam kita tka mmpu belil, tapi tak mustahil kita layan dengan baik sebb setiap individu akan sanggup kumpul duit n bayar cash dari guna kreditkad yang sah2 berhutang-sedar atau tak, tak berbayarpun lagi yang tahun lepas- jadi please ler, sambut guest koorg dengan baik tak kira ler selekeh mana pun, coz sekrg nih dunia dah memang aneh.

Hope lantera ini menyedarkan korg secara tak lasung, amalkan ler piagam yang berprestij! :-)

Monday, February 1, 2010

Memoir Sehari Waktu Cuti







Dalam sehari nih, macam biasa, time2 aku ngah nak relaks2 buat pojek2 menarik-maksud aku tido puas- baby aku nih problem lagi, kali nih ingat problem besar sangat-kira sangap gak nak main dengan tenet nih- last memang tak dapat, upa2 nyer, problem kat p1 plak. :-(.




Sakit hati gak, ingan sebb tak bayar bil ker, upa2 nyer line yang problem, coz or kedai-tmpt aku beli notebook nih ler- cakap conection auto, tak der masalah, hehehe malu gak :-P.
Gi ler p1 kat tempat aku regiester, nasib baik dekat jerk, kat Ground floor ampang point. Tanya2 dia cakap tak der problem, mungkin boleh jadi line yang slow... kecewa gak, tapi tak per, nih pun aku taip kat McD ampang park, nasib baik conection baik punyer. :-)




Hari aku ada beli barangan dari The Body Shop, tempat kegemaran aku, ingat nak beli frangrance jenama Gio Aqua, Armani, fikir2 bajet pun ciput jadi beli ler set kat Body Shop, ada ler membazir dalam rm200, dapat 3 item lagi tuh. Hehehe... Kat atas tuh ler barang2 yang aku beli.






Friday, January 29, 2010

.::BONDA::.

Nukilan kali ini agak suram sikit, rindu tak korg kat ibubapa korg buat masa nih, tahu tak apa yang diorg tengah buat, atau tahu tak diorg tak makan malam kerana menunggu korg balik, atau menunggu khabar tentang korg yang dah melantak awal2 ngan mmbr kat Starbuck or Dome -kot- Tahu tak lauk apa yang dia tengah masak untuk korg????
Persoalan kecil yang patut difikirkan, aku tersedar buat masa nih, coz bila ibu aku jatuh sakit, bengkak kakinya, n baru2 nih dia cakap dia kena gi hospital cek pinggang plak. Sedih sangat2, bukan ker baik kalau aku dapat bagi balik apa yang telah dia berikan pada aku masa kecil. Namun, akhirnya memang benar, doa saja dapat kita sampaikan pada BONDA kita sendiri. Ada tak korg doakan ibubapa korg kesejahteraan??? -buat anak2 yang lahir dengan kasih sayang ibubapanya sendiri-
Fikirkan sejenak, tak banyak pun persoalan yang aku utarakan pada korg. Pada yang buta hatinya atau masih dipenjara hatinya lagi utuk ibubapa, pastikan sebelum akhir hayat nya, lafazkanlah "Saya sayang sangat ibu", "Saya sayang sangat ayah", sekurang2 nyer dia akan tersenyum, dan sakitnya selama ini akan terubat, kenyanglah perutnya ketika dia benar2 kelaparan menunggu korg untuk makan suap bersamanya, dan keringlah airmatanya sebelum ini ketika dia disakiti oleh kata2mu, dan bersambunga baliklah urat2 saraf yang pernah terputus ketika melahirkan kamu, akan terpampang nama ibubapamu diawan gemawan yang singgah dikota suci Madinah membawa perkhabar tentang sukanya hati mereka berdua akan kamu. Ucapkanlah kata2 itu walaun SEKALI! :-).