Selalunya kita akan rasa cepat mengalah atau rasa bersalah dengan kesalahan yang telah kita lakukan, dan dari sinilah bermulanya lemah semangat n cepat nak mengalah... Kita perlu faham bahawa kita bukanlah sempurna dan percayalah, kita pastikan akan melakukan kesilapan. Sama ada kita sedar atau tidak, malangnya, lebih menyakitkan kalau kesalahan itu ditegur oleh orang lain... Kenapa??? tak bolehkah kita cermin diri kita dan baiki kesalahan itu sendiri? Pernah tak tanya... kenapa Tuhan ciptakan kita ibubapa, adik beradik dan rakan2... Segala yang kita lalui adalah perkara pokok dalam kehidupan... maksudnya.... kita saling memerlukan... kadang2 ada yang boleh bertolak ansur... tapi ada pula yang yang bertegas.... inilah hakikat kehidupan.
Segalanya bermula dengan HARI, esok lusa dan seterusnya, yang mengubahnya adalah diri kita sendiri.... kenapa??? Tak yakin... tak mengapa... mulakan dengan langkah yang kecil agar kita dapat menikmati hawa udara yang tenang, dari langkah yang pantas, akhirnya kita keletihan.
Bukanlah nak jadi pakar motivasi, sebaliknya hanya berkongsi...
Monday, December 6, 2010
Sunday, December 5, 2010
Promosi P1 dan The Body Shop

Dalam diam2 dah dekat hujung tahun rasanya, last masa tulis bloh nih bulan 2.... huih.... lama nya.... Apa yang aku nak kongsikan buat masa ni ialah 2 perkara pokok yang slalu aku akan carik.... apa lagi P1 n The Body Shop.
Aku dapat pangilan dari seorang pekerja dari P1 center, katanya ada promosi terbaru... W1ggY, apa yang terbaru sangat, hehehe... kira duit untuk poket diorang tahun depan ler kiranya nih.... Dengan hanya menambha RM30 jerk aku akan dapat menggunakan dimana2 tak kira masa... tapi syarat utama nya ialah, kene ler ade coverage, mula2 macam nak tolak, tapi bila fikir balik nak gak cuba, lagipun caller tuh macam baik jerk hehehe bersungguh menerangkan kelebihan w1ggy yang baru nih, tak ada contrak, just bulanan add RM30 dan dapat rebate RM50 kalau terminate kannya, kalau tak minat dah lah maksudnya tuh... jadi aku cuba, try gak guna... erm puas hati kelajuan sama dengan P1 kat rumah, leh download movies n lagu kurang dari 1minit-kalau kurang dari 2mb ler guys... hehehe, ok sangat n puas hati,.... Tapi kalau nak ikut bajet utk tahun 2011.... bahaya gak... macam lari... or maybe aku nak terminate dua2 sekali-p1wimax n w1ggy... Maybe kot... save RM130 monthly.
The Body Shop plak, untuk bulan nih aku ada beli 1 barang baru, n satu lagi dari 2009 n sekarang baru habis, barang baru yang aku maksudkan Kistna Body n Hair Shower, barang lama tuh plak Peppermint Cooling Feet... hampir RM100 gak berhabis tapi puas hati guys...

The Latest, jadik ahli Watson Card Member.... kalau ikutkan, promosi diorang lebih baik sikit, walaupun dalam Newspaper jarang keluar, tapi murah sikit dari yang lain... Aku memang suka ker Watson dari yang lain...mungkin kualaiti idorang n harga kot.... :-)
Apa yang koorang nak n perlu.... hendaklah korg fikir panjang, mana yang penting... Jangan membazir or ikut nafsu sangat... sakit korang hujung bulan nanti hehehe....
P/s: Peringatan ini khas utk diri sendiri. :-P
Friday, February 5, 2010
Piagam Pelanggan
Hari cuti2 nih, macam biasa aku lepak ler kat McD ampang park, coz bosan plak duk umah. Then, dalam pada tuh aku tertarik dengan staff dia yang very da hapening, kira kecoh coz mungkin sbb ada nyer PLU kot???
But itu bukan persoalan, kebanyakkan dalam dunia skrg nih, PLU boleh dikatakan agak agresif n positif dalam bekerja, walaupun ada yang tak endah, tapi bukan semua, coz dalam pada itu jika dah minat diaorag akn lebih fokus lgi.
Di Malaysia, piagam pelanggan masih baru n nak dapatkan 5***** bukan ler mudah, sbb tak ramai faham, apa yang selalu diamalkan kat sini ialah pelangan sentiasa belu!!!, dua perkara yang berbeza tapi motif nyer sama, cuma perlu adil dan saksama, contoh, kalau koorg dah dapat servis yang baik tapi disebbkan hal kecil, macam tertumpah air kat baju korg perlu ker korg menjerit didepan ramai org??? jadila manusia n fikirkan jerk k, nampak sangat yang kita sebagai pelangan tidak profesional, betul tak?
Dalam memstikan mendapat tempat dihati pelanggan, jgn ler buat muka kat pelanggan, lagi2 kat shopping complex, kadang2 terasa jugak macam kita tka mmpu belil, tapi tak mustahil kita layan dengan baik sebb setiap individu akan sanggup kumpul duit n bayar cash dari guna kreditkad yang sah2 berhutang-sedar atau tak, tak berbayarpun lagi yang tahun lepas- jadi please ler, sambut guest koorg dengan baik tak kira ler selekeh mana pun, coz sekrg nih dunia dah memang aneh.
Hope lantera ini menyedarkan korg secara tak lasung, amalkan ler piagam yang berprestij! :-)

Monday, February 1, 2010
Memoir Sehari Waktu Cuti

Dalam sehari nih, macam biasa, time2 aku ngah nak relaks2 buat pojek2 menarik-maksud aku tido puas- baby aku nih problem lagi, kali nih ingat problem besar sangat-kira sangap gak nak main dengan tenet nih- last memang tak dapat, upa2 nyer, problem kat p1 plak. :-(.
Sakit hati gak, ingan sebb tak bayar bil ker, upa2 nyer line yang problem, coz or kedai-tmpt aku beli notebook nih ler- cakap conection auto, tak der masalah, hehehe malu gak :-P.
Gi ler p1 kat tempat aku regiester, nasib baik dekat jerk, kat Ground floor ampang point. Tanya2 dia cakap tak der problem, mungkin boleh jadi line yang slow... kecewa gak, tapi tak per, nih pun aku taip kat McD ampang park, nasib baik conection baik punyer. :-)
Hari aku ada beli barangan dari The Body Shop, tempat kegemaran aku, ingat nak beli frangrance jenama Gio Aqua, Armani, fikir2 bajet pun ciput jadi beli ler set kat Body Shop, ada ler membazir dalam rm200, dapat 3 item lagi tuh. Hehehe... Kat atas tuh ler barang2 yang aku beli.
Friday, January 29, 2010
.::BONDA::.
Nukilan kali ini agak suram sikit, rindu tak korg kat ibubapa korg buat masa nih, tahu tak apa yang diorg tengah buat, atau tahu tak diorg tak makan malam kerana menunggu korg balik, atau menunggu khabar tentang korg yang dah melantak awal2 ngan mmbr kat Starbuck or Dome -kot- Tahu tak lauk apa yang dia tengah masak untuk korg????
Persoalan kecil yang patut difikirkan, aku tersedar buat masa nih, coz bila ibu aku jatuh sakit, bengkak kakinya, n baru2 nih dia cakap dia kena gi hospital cek pinggang plak. Sedih sangat2, bukan ker baik kalau aku dapat bagi balik apa yang telah dia berikan pada aku masa kecil. Namun, akhirnya memang benar, doa saja dapat kita sampaikan pada BONDA kita sendiri. Ada tak korg doakan ibubapa korg kesejahteraan??? -buat anak2 yang lahir dengan kasih sayang ibubapanya sendiri-
Fikirkan sejenak, tak banyak pun persoalan yang aku utarakan pada korg. Pada yang buta hatinya atau masih dipenjara hatinya lagi utuk ibubapa, pastikan sebelum akhir hayat nya, lafazkanlah "Saya sayang sangat ibu", "Saya sayang sangat ayah", sekurang2 nyer dia akan tersenyum, dan sakitnya selama ini akan terubat, kenyanglah perutnya ketika dia benar2 kelaparan menunggu korg untuk makan suap bersamanya, dan keringlah airmatanya sebelum ini ketika dia disakiti oleh kata2mu, dan bersambunga baliklah urat2 saraf yang pernah terputus ketika melahirkan kamu, akan terpampang nama ibubapamu diawan gemawan yang singgah dikota suci Madinah membawa perkhabar tentang sukanya hati mereka berdua akan kamu. Ucapkanlah kata2 itu walaun SEKALI! :-).
Monday, January 25, 2010
.:LEGION:.

Filem: Legion
Status: 18PL
Pada peminat filem2 luar negara, pada aku filem ok jerk, coz prinsip yang dia bawa berusur nasihat, dan boleh aku katakan dakyah kristian, tapi pada yang berfikiran terbuka cerita nih akan menyedarkan koorg tentang kepercayaan dan peluang.
Dua prinsip atau tema yang diangkat apabila kepercayaan di tukar dengan penderhakaan. Secara ringkasnya, kisahnya apabila Mikail or Maichele tidak mengikut kehendak Tuhan untuk menghapuskan manusia dimuka bumi, sedangkan Gibrail tunduk dan patuh pada perintah Tuhan. Punca Maichele melanggar perintah Tuhan, sebab dia percaya ada individu yang masih teguh pendirian dengan percaya sepenuh jiwa, iaitu watak Jeep. Jeep menerima wanita yang mengadung anak luar nikah, dan meneruskan hidup tanpa ibu dan bapa. Anak yang didalam kadungan wanita tadi harus dibunuh bagi menghapuskan manusia, jadi kisah perjalannya adalah sekitar menyelamatkan perempuan tersebut, plot biasa, dan pengakhiran adalah sesuatu yang boleh diagak oleh koorag nanti akhirnya.
Jadi kepercayaan dan peluang yang ada perlulah digunakan sebaik mungkin. Jadi pergilah menonton k. :-)
Sunday, January 24, 2010
Impian... Suatu Masa: 1
.:Hadis 40:.
Pernah tak koorg terfikir untuk membaca atau memahami secara tidak lagsung tentang Hadis 40, hadis2 ini ialah yang termasyhur lagi sahih dalam kebanyakan alim ulama. Dan dipegang juga dalam Mazhab Syafie di Malaysia.
Jadi klik link disebelah bagi kemudahan ko org membaca nyer, dari satu blog yang aku baca dan sempat lawat.
Bersama-samalh kita perbaiki dan menrenung seketika dalam waktu2 yang penuh dengan bencana dan fitnah masa kini, moga2 dijauh Allah hendaknya.
Ameen.

.:Siri Mingguan:.
I - Aku Scandal!!!?
Hari minggu nih kira waktu panjang gak dalam bulan pertama tahun baru, coz aku jumpa dengan brader scandal aku yang dah lama lost contact... apa motif??? hehehe
Entah le... dalam lepak2 kat satu tempat yg menyenangkan nih, aku leh terserempak, n aku tahu dia dah ber punya, kira Aku Scandal ler nih, hehehehe...
Bosan gak jadi couple org, baik jadi scandal, coz nampak nakal2 sikit. Tapi dalam waktu yang sama dalam dunia PLU nih, jujur aku katakan, takkan ader yang perfect, kecuali kalau jenis yang memaafkan n tak mudah kecil hati.
Dalam waktu yang sama aku gak ada kenal ngan sorg mamat nih, tapi aku bukan jenis mata duitan gak, coz aku nak keserasian yang penting dalam perbualan, tapi tak tahu plak brader yang dah lama tak jumpa nih, jujur atau tak, tapi kurang2 nyer dia mengaku dah ada couple.
Dalam percintaan, koorg kene mula dulu, maksud aku kene berani tegur, then, kalau org tuh tak sudi, tak jadi hal, ramai lagi ko org leh usik, jadi baik koorg usik, dari menelan air liur koorg, hehehe,,, makna nyer kerne berani.
Berbalik dengan mmbr aku nih, not bad gak, boleh ler aku layan2 citer dier, tapi pada aku org yang senang nih jenis selera tinggi, mungkin minat kat aku, n bagai mana pula dengan kekurangan aku?? betul tak? Sama ada percaya atau tak tengok jer ler...
Aku akan contact, tapi aku suka Jadi Scandal., Yahooooo!!!! -motiif?-
II - Baby buat haLLLLL!...
Hehehe, baby mana plak???.... apa lagi aku punya notebook kesayangan ler, aku ada main2 usik ngan dia nih, sambil tuh aku ada adjust network connection, kira macam pakar IT ler, walhal tak tahu apa2 pun, masa feeling2 kat KFC jalan iph, leh plak aku tertekan conction manually, macam, aku dah set sendiri ler nih.. Then masa balik rumah nak sambung kat p1 aku guna cable leh plak ada tanda seruan ! Kat connection ikon, jadi aku pun begang ler.
Nak dipendekkan cerita, apa lagi aku sanggup ler keluar hari nih, petang2 sambil dengan perasaan bengang teramat nih... :-( aku g ke ampang [point tempat aku beli notebook nih, dengan semene2 aku g ler tanya kat counter, niat nyer nak gi kedai komputer tuh last2 leh tersangkut plak kat kauter, siap tanya lagi macam2 kat dak p1 tuh.
Bagus nyer dia berusaha gak membantu, walau pun hakikatnyer dia pun kekok, hehehehe.... kira2 20 minit ler gak le, tapi aku tak ambil hati sebab dia dah berusaha then sebenarnya bukan salah dia pun, salah aku yang gatal tangan. :-P.
Lepas tuh, apa lagi, aku gi ler serang kedai komputer tuh -serang bukan nak gi hentam ler- saja jer guna bahasa nakal, aku pun gi kauter customer service, g tanya dengan muka tak bersalah.
Dalam tengah belek2 dengan mamat baru nih, kira macam budak lepasan sijil komputer kot -anak2 ikan- hehehe smpat plak verangan sat, last2 dia pun kompius, nasib baik brader yang dah pakar, coz tengok baju biru yang dia pakai membantu, dia tanya aku, ada ke usik bahagian conection, sebab manual, ada ker aku main game online atau sebagai nyer, jadi aku dengan tak bersalah cakap Tak Ada, coz aku tak der plak main2 gejadah tuh, melainkan aku usik sendiri ada ler, hehehehe... lawak gak, macam doktor tanya pesakit, kalau salah bagi tahu, dia bagi injeksen yang bukan ubat nyer, leh masuk icu aku jawab nyer, hehehe... tapi alhamdullilah, dia dah Automatikkan balik baby aku nih, coz conection, atau hubungan kat kepala otak dia boleh bertukar ke perhubungan terManual dengan bantuan tangan gatal aku hehehe....
Love u baby!
N thank you for all member yang mmbantu, maksud aku org2 yang saja aku usik n kacau2 di hari minggu nih, hehehe.
III - WiFi di mana kamu....
Kenapa ler tak semua tempat kat Kl nih ada wifi, bukan apa bukan ker kita negara maju, asykik2 tempat terpilih jerk, bila ler dapat semua tempat. :-P
Bukan apa dalam alang keluar, baik ler aku ke klcc, sambil tuh teringat plak nak potong rambut aku yang cepat sangat mengurai hehehe, apa lagi gi ler bawah klcc Quick Cuts kat avenue k, memang ada stail, apa lagi dah potong tuh aku lapar plak, just tengok2 kat Dunkin Donuts, ada promtion menarik, kek n hot coffe rm8.50, kelas!!! nak makan mahal2, bukan apa, bajt ada ler wifi, rupa2 nyer tak der, apa lagi dengan rasa bersalah nih, beli le promosi tadi, bukak2 wifi, kedai berhadapan, subway plak leh ada wifi hehehe, tak der rezeki kot.
Tempat lepak yang aku pergi kebanyakkan nyer tak der, kecuali McD ampang park, itu pun aku tak pergi pun hehehe.
IV - Tempat2 lepak kegemaran tengah2 banyak duit nih ialah:
Secret Recipe
McD
Dunkin Donuts
KFC
San Fracissco
Inilah tempat2 yang berani aku lawati time berduit, lain2 tak pernah cuba lagi pun, coming soon kot.
Wish list kedai2 untk aku lepak:
Dome
Starbuck
Restoren 5 bintang.
Maybe kot, akan datang hehehe...
Wish list peribadi aku plak
Kereta – Viva Elite
Kamera digital – Canon
Set Bilik tidor – Queen size (mcm nak kawin ler plak, harap2 ler)
Cat Bilik – warna2 lite, warna2 PLU ler hehehe.... :-p

Friday, January 22, 2010
Kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Balasungkawa buat keluarga diraja Johor. Moga roh baginda dicucuri rahmat, insyallah
Al-Fatih
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman pada pukul 0715 di Hospital Pakar Puteri Johor.

Dirgayahu Tuanku Sultan Iskandar, Daulat Tunku Ibrahim.

Belasungkawa ku titipkan pada keluarga diraja Johor, moga baik-baik sahaja Sultan kita dan diharap Allah akan pelihara Sultan kita seadanya, insyallah.
Dalam masa yang singkat dan lama juga tak update, aku dikejutkan dengar perkhabaran tentang kegeringan baginda.
Lama juga baginda Sultan Iskandar memerintah dan pastinya meninggalkan banyak kesan kepada seluruh orang Johor terutamanya, Pemangku Sultan, Tunku Ibrahim Ismail yang mengangkat sumpah hari ini, adalah tokoh yang paling sesuai dan berkaliber, sifat mesra rakyat serta rendah diri semestinya menyejukkan hati untuk seketika dalam waktu yang gering ini. Pastinya rakyat Johor mengharapkan segalanya akan bersudah dengan baik.
Mudah-mudahan Tuanku Sultan Iskandar baik dan sihat hendaknya.
Ameen.
Monday, January 18, 2010
Anugerah Global Emas (Golden Globe Awards) 2010
Keputusan penuh Anugerah Golden Globe ke-67
Kategori Filem:
Filem Terbaik: Avatar Filem
Komedi Terbaik: The Hangover
Pengarah Terbaik: James Cameron - Avatar
Aktor Terbaik (Filem): Jeff Bridges - Crazy Heart
Aktres Terbaik (Filem): Sandra Bullock - The Blind Side
Aktor Terbaik Komedi atau Muzikal: Robert Downey, Jr. - Sherlock Holmes
Aktres Terbaik Komedi/Muzikal: Meryl Streep - Julie & Julia
Aktor Pembantu Terbaik (Filem): Christoph Waltz - Inglourious Basterds
Aktres Pembantu Terbaik: Mo’Nique - Precious
Filem Animasi Cereka Terbaik: Up
Filem Asing Terbaik: The White Ribbon dari Jerman
Lakon Layar Terbaik: Jason Reitman dan Sheldon Turner - Up in the Air
Skor Asal Terbaik: Michael Giacchino - Up
Lagu Asal Terbaik: The Weary Kind from Crazy Heart
Kategori Televisyen:
Drama Siri Terbaik: Mad Men
Komedi Bersiri Terbaik: Glee
Aktor Terbaik (Drama Bersiri): Michael C. Hall - Dexter
Aktres Terbaik (Drama Bersiri): Julianna Marguilies - The Good Wife
Aktor Terbaik Siri Komedi: Alec Baldwin - 30 Rock
Aktres Terbaik Siri Komedi: Toni Collette - United States of Tara
Siri Mini/Telefilem: Grey Gardens
Aktor Terbaik Siri Mini/Telefilem: Kevin Bacon - Taking Chance
Aktres Terbaik Siri Mini/Telefilem: Drew Barrymore - Grey Gardens
Aktor Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: John Lithgow - Dexter Aktres Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Jane Lynch - Glee
Penghargaan Khas: Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille - Martin Scorsese
- AFP
Saturday, January 16, 2010
Dajjal!!!
Asal-Usul Keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan camam2 lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.
Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran
(tempat asal Dajjal)
Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran. Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yg beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.
“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:
“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang bermaksud;
“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa merajalelanya Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropa pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : “Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal” (Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Pendapat-pendapat lain tentang Dajjal
Ada juga pendapat mengatakan Bhagawan Sri Sathya Sai Baba dari wilayah Timur Khurasan, iaitu di India selatan, desa Nilayam Puttapharti ialah Dajjal. Sri Sathya Sai Baba itu mengaku adalah jelmaan semula dari Sai Baba of Shirdi yang terkenal pada awal abad ke 20 dulu yang mempunyai banyak kuasa sakti yang juga merupakan orang yang bertanggung-jawab menyatupadukan Muslim-Hindu.
Sai Baba of Shirdi dulu pernah mengatakan bahawa dia akan hidup semula selepas kematiannya selama 8 tahun. Dan tepat sekali waktu di mana Sai Baba dari Puttapharti ini dilahirkan dan sekarang ini menyebarkan ajarannya di sana. Sememangnya jin pun akan dapat meresap ke dalam tubuh manusia dan itu tidak mustahil berlaku kepada Sai Baba- Sai Baba tadi.
Pada tahun 1963, Sai Baba dari Puttapharti tadi telah membuat pengakuan bahawa dia adalah jelmaan Shiva dan Shakti, manakala Sai Baba Shirdi dulu adalah jelmaan dewa Shiva, dan akan datang akan muncul pula Prema Sai Baba iaitu jelmaan dari Shiva pula. Perkataan jelmaan ini adalah berhubung kait juga dengan perkataan menurun atau dirasuk oleh jin.
Tetapi apa yang saya lihat, Sai Baba ini hanyalah manusia seperti Ayah Pin, yang cuba menjadikan semua agama adalah satu. Bermakna suatu campur aduk yang tiada relevan dan logik akalnya. Fahaman-fahaman yang berbeza sama sekali dirojakkan dan umpama mewujudkan suatu agama baru iaitu Agama Cinta. Pemahaman sebegini mungkin berasal dari terlalu banyak bermeditasi dan berfikiran yang bukan-bukan sehingga mewujudkan suatu pola pemikiran yang berdasarkan kepada khayalan semata-mata. Antara ajarannya iaitu dia adalah Tuhan dan semua orang adalah Tuhan. Kita semua adalah Tuhan yang mana semua adalah satu di dalam banyak tubuh. Dan macam-macam ajaran pelik lagi yang di luar dari logika akal manusia.
Mungkin Sai baba ini adalah salah seorang dari Dajjal kecil yang lahir kerana banyak juga menepati ciri-ciri dari hadith. Dan ajaran-ajarannya bercanggah sekali dengan aqidah Islam sehinggakan boleh menyebabkan manusia lupa bahawa manusia ini hanyalah hamba ALLAH.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
Tetapi Dajjal yang sebenar-benarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w berdasarkan wahyu hanya Allah Yang Mengetahuinya. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk menghadapi Dajjal dan mengamalkan apa yang nabi ajar seperti menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi dan membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahiyyat akhir dalam solat sebelum salam untuk mengelakkan dari fitnah Dajjal. Wallahua’lam
Rujukan:
1- Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda – Muhammad Isa Dawud
2- Dajjal, ya’juj wa ma’juj – Maulana Muhammad Ali
Bacaan yang dipinjam, moga dapat dikongsi atas pemiliknya, saya dan sesiapa sahaja, Maha Suci Allah tuhan yang melindungi hamba-hamba-Nya. Insyallah.

Friday, January 15, 2010
Sauna... Menyegarkan.

Kalau bercakap tentang kesihatan, aku seorang yang amat ambil berat tentang pemakanan n kesihatan aku. Kita cuma merancang, sakit dan sihat itu datangnya atas izin Allah juga.
Sauna adalah satu dari taktik penjagaan kesihatan kuno, sebab apa ia bermula dari zaman Greek dan Roman lagi, cara lama dengan menggunkan daun zaitun sebagai pengibas peluh yang dikeluarkan oleh badan, peluh2 tersebut mempunyai bahan2 kimia yang tidak elok untuk badan, dan melancarkan peredaran badan.
Hidup di KL nih, kita terdedah dengan pelbagai anasir2 kotor dan kimia yang bahaya untuk kulit, dengan mengamalkan bersauna selama 15 minit, dalam sebulan-mungkin??- mengikut tahap kesihatan dan kekuatan badan kot- dan banyakkan minum air selepas bersauna dapat mengurangkan penyakit kulit dan badan akan segar.
Cuba ler k.
Thursday, January 14, 2010
-Cuti- a.k.a Offday Ler...

Dalam sibuk bekerja selama 13 HARI... akhirnya dapat juga aku merehatkan diri, walaupun esok, aku kerja sehari, tapi sambung lagi 3 hari selepas tuh... Yahooooo!!!!!
Penat gak, then badan rasa sengal2 n letih,
Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang dan kekuatan, tanpa izin-Nya aku takkan larat sejauh nih, ini semua campurtangan-urusan- Allah.
Pagi nih bangun awal seperti biasa, tak tahu nak plan apa, tapi dalam kepala aku dari semalam berputar2 fikir nak solat JUMAAT. Rasanya dah lama juga tak pergi, sebab susah nak dapat peluang solat jumaat. Selalunya pun dapat solat Zuhur-darurat yang tidak disengajakan-
Harap semuanya berjalan dengan baik hari. Insyallah.
Wednesday, January 13, 2010
"Together, We Will Achieve".

Tiba2 ayat nih jadi TEMA untuk kerja2 aku tahun nih. Harap 2010 akan menjadi platform aku untk lebih bersemangat.
Allhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan kesihatan dan lanjut usia aku sampai hari nih.
Aku yakin, hari esok akan memberi banyak mana dan akan datang juga. Nafas yang aku hirup juga adalah hak dan milik-Nya.
Tuesday, January 12, 2010
Saga atau Viva? II

Selepas merenung jauh ke hadapan... aku melihat Viva Elite menjadi tarikan untuk aku miliki, macam wish list ler tahun ni.
Semalam aku tunmpang mmbr masa balik kerja, kebetulan plak dia bawa Viva, jd tak semene2 aku duk ler belakang, coz kwn aku lg seorang dah memang ada. Masa duk belakang, aku rasa macam ada dalam Waja pun ada gak, pelikkan segalanya kebetulan, baru jerk buat entrie pasal kerata mana jadi pilihan.
Melihat ruang serta sound audio not bad gak kereta Viva Elite, lg pun aku bujang, jimat minyak tuh penting! Melihat keadaan minyak sekarang yang tak menentu, n aku pun bukan nak bawa gi racing kereta pun, kecil dan padat, lagipun, bukan aku nak berkeluarga besarpun, bajet nak ada anak pun 3 orang jerk, paling banyak pun, hehehe. :-P
Jadi aku dah nekad nak simpan duit untk memiliki Viva Elite tahun nih, atau selewat2nya tahun depan, dalam bulan 2. Insyallah.
WISH LIST
Monday, January 11, 2010
Merantau

Filem nih dari seberang, kira filem yang aku tunggu gak. Mengangkat SILAT sebagai jalan cerita tetapi memfokuskan tentang penggunaan silat dalam kehidupan seharian.
Nampak macam best sebab, nak tengok filem nih aku suka yang lain dari yang lain n pengolahan serta sudut pandang/view fotogharapi yang indah dengan gambaran yang tersirat.
Jemu disuapkan dengan cerita2 meleleh kat Malaysia, patutnyer kita lebih UP sikit n BERANI, tapi faham2 ler... :-).
-NO KOMEN-
nak tengok preview just klik SHARE kat bawah nih k.
Sunday, January 10, 2010
Juara Lagu ke 24 - 1Gimik-

Siapa yang tak terlepas menonton Juara Lagu nih memang rugi, walaupun sibuk ngan kerja, tapi curi2 gak menonton, Baik ler GIMIK adalah tema yang leh aku bg untuk Juara lagu tahun nih, awal2 lagi dah bagi tahu tak der kategori dipertandingkan, samada calon2 bertanding kurang atau ilham dah tak der.???
Pelbagai cara menarik dipertontonkan oleh setiap artis bertanding, ada guna pelbagai props. Apa2 pun pemenang dah diketahui, tahniah diucapkan, n kat luar sana jangan plak, rumah dah siap tukul berbunyi.... hehehe.
Pemenang-pemenanh Juara Lagu ke 24
Tempat Ketiga:
Lagu- Bencinta
Lirik- Faizal Tahir
Komposer- Audi Mok
Artis- Faizal Tahir
Tempat Kedua:
Lagu: Dan Sebenarnya
Lirik- Yuna
Komposer- Yuna
Artis- Yuna
Tempat PERTAMA:
Lagu- PERGI
Lirik- AMRAN OMAR
Komposer- PETE TEO
Artis- AIZAT
Vokal Terbaik
Artis: Black (MENTOR)
Lagu: Aku Cinta Sayang Kamu
Persembahan Terbaik
Artis: Aizat (AF)
Lagu: Kau Aku
nak tahu lebih lanjut.... sila ler ke sesawang:
ajl.tv3.com.my
Saturday, January 9, 2010
Zaquan Adha!

KenPa baju jerk??!! korang buat terkejut ker, atau buat lawak??? dah tentu ler korang kenal n tengok muka dier selalu kat akhbar2.
nak dibuatkan cerita, tengah2 buka mail n laman sosial nih -BUKAN GOSSIP K- aku pernah add dier jd mmbr, tapi faham2 ler org bz sebulan sekali jerk bukak. Jdi dipendekkan cerita, kira dia sudi nak jadi mmbr ler, Thanks Bro! :-)
Aku harap, betul2 ler dier nih Zaquan, coz zaman canggih nih, aku leh save pic diaer n buat laman baru... bahaya tuh. coz nak dpt publisiti murahan ler kata nyer....
Apa2 pun thanks bro sebab TEAM korang membangga kan Malaysia. Hope tahun nih akan lebih baik dan bermakna untuk tahun2 akan datang. :-)
Mana tahu tiba2 ada Keajaiban plak, dpt masuk PIALA DUNIA! Yahoooo.... :-)
Majulah Sukan Untuk Malaysia!
AEON kredit...!

Hari miggu nih pasti korang tengah fikir apa yang patut korang buat, jadi adalah lebih baik baca blog nih untuk santapan korang pada hari minggu macam nih.
Aku terus ker point cerita aku. Mula2 aku nak beli barang, aku ada ke syarikat terkemuka nih, kira peralatan elektronik ambil n bayar bulanan kendian ler nih. Malangyer, kira makcik nih menolak pelawaan aku utk membeli brg tersebut, kata nyer... aku baru bekerja n susah nak dapat geran nih.... jadi ngan muka kecewa aku gi ler ke sebuah kedai lain yang jauh nyer 2kilometer. sambil berjalan kaki n letih, aku disambuyt mesra n ramah sekali, aku menolak dgn cara baik sebab mood tengah tension, jadi aku cakap, "Tengok2 dulu," sambil buat2 tersenyum. Jadi dia biarkan aku melihat2. Tengah tengok2 nih, kira dah rancang pun nak beli, aku tanya pasal pinjaman yang boleh aku buat, aku nak beli lcd tv, kira tren zaman sekarng ler. Ok dia cakap, jadi da sugest aku guna Aeon nih, itulah alkesah nyer. Tak ambila masa panjang, esok nyer sampai ler ke rumah aku. Rasa puas n berterima kasih gak ler aku kat kedai nih.
Apa kebaikan kredit nih, masa mula2 aku terlibat, aku telah membayar tempoh 6 bulan pertama tanpa sebarang masalah, jadi dengan sukacitanya aku diberi express card sebagai hadiah nyer-kira free ler- kegunaan kad nih palk, aku hanya bagi kat kedai2 gadget or digital mahupun elektronik untuk aku memiliknya kurang dari 2hari, kira ikut keadaan takut stock tak der. Aku kena bayar pendahuluan untuk memiliki barag aku yakni LCD tv tadi ler, coz aku belum ader kat. Jadi kalau ko orang berminat ada promosi-entah habis atau tak- just bayar rm20 jer utk dapat kad nih, masa kau dulu tak der. Masa membeli korang tak perlu keluarkan duit satu sen pun, mengikut terma n syarat ler.
Friday, January 8, 2010
Mencuba! :-)
Saja nak buat buat video. :-)
Ambil masa gak untuk upload video nih, saja nak cuba2 hehehe. Kecanggihan ict sekarang nih, perlu dipraktikkan, kalau just biarkan kan jerk rugi. :-)
Erm...

Ingat nak tambah yang perlu untuk dikongsikan, tapi biarlah bernoktah di sini.
Thursday, January 7, 2010
Kerja 2 minggu tanpa cuti???

Pernh tak kerja tanpa cuti pada koorang yang hidup n bekerja.... ini khas utk bujang2 ler. Kira dalam tempoh 10 bulan aku bekerja, nih ler 1st time aku dibuat begini, nak kata aper, tak der siapa sudi nak cover aku, n kebetulan offday aku di bawa kedepan, hahahaha... jadi aku terima hakikat dengan perasan marah kat dalam tapi sejuk kat luar.
pemikiran positif penting dalam kerja2 profesional, dalam masa yang sama kita perlu mahir dan be smart, jadi bijak dalam pengurusan masa2 macam nih - pandai2 ler curi masa tido- sebab, tak der siapa akan marah ko free2 jer kalau ko tak bg tahu sebab2 ko 'tertido' itupun kalau tertangkap. Selalunyer, kalau rasa2 nak mengantuk n letih, aku akan minum tongkat ali coffe, sebb itu yang akan membantu aku berjaga, tapi aku nih gak jenis cepat naik angin, tapi bukan pemarah k.
Aku gak dah cua terbaik untuk tak mc -alhamdulillah- sebab tk der penyakit or sakit yang teruk sangat, tapi terlewat tuh pernah gak. tercalon sebagai senarai popular untuk opening team kat hotel, tapi tak dapat employee themonth pun, tak der rezeki.
Semua di atas nih takkan melemahkan aku untuk terus bekerja tanpa cuti mahun mc. coz aku tak nak menyusahkan rakan2 sekerja lain yang terpaksa cover aku. 'Working Smart' itu tema kerja aku dalam bidang professional nih. Kita hanya merancang Allah sahaja yang memberi keputusan. Jadi cuba motivasi diri korang juga, cukup2 ler mc n menyusahkan rakan2 sekerja korang, lebih baik buat jasa n kerja berfaedah. Tapi sakit nih kita tak duga apatah lagi mati... jadi selagi korang boleh bangun bekerja, kerja ler, duit pun masuk, 8 jam tak lama termasuk dengan time rehat lgi tu, jadi fikirkanlah k. :-) Tepuk dada, tanya selera kerja.
Selamat Bekerja!!!
P1w1max Ok jerk!!!

Masa beli dengan promosi akhir tahun, kira berpuas hati gak dengan layanan bdk2 dier orang, termasuk dengan operater deir yang mesra n membantu sangt, siap tanya selesa ker tak??? bukan nak publisiti murahan k, aku memang mementingkan layanan khidmat pelanggan. Malaysia masi belajar lg cara khidmat mesra dengan pelanggan. Bersampbung dengan P1 nih, aku kira tak membazir dengan rm99 bulan -ikut selera korang ler- sebab apa kalau yang suka download file yang besar2, memang ada problem, sebab tuh ada PAKEJ, jadi beli ler yang mengikut kemampuan dan tahap kelajuan yang sesuai... katernye.
Dah lama tak menulis rasa rindu plak, walaupun tak ramai pengikut, jadi sudi2 ler update dgn aku. Logbook atau cara pemasangan nampak mudah untuk aku faham, tapi ader plak member aku nih, pergi pasang cable dengan wifi gier sekali-usb, untk wireless- memang ler lambat, n tak connection, tamak maknyer tuh... hehehe. tapi kalau era zaman2 aku, kira budak2 yang sama thap dengan aku nih mungkin benda nih macam lego jer, pasang siap terus.
Apa2 pun aku enjoy menikmati p1 nih n hopefully, tak der ler charge2 tersembunyi.... please.... :-)
New Baby!!!
Aspire 1410, tak tahu plak latest atau tak, tapi inilah baby yang aku sayang buat masa nih, Thanks AEON card, sebab banyak membantu dalam membuat bayaran dengan mudah dalam pembelian barang gadjet mahupun elektrik, berbanding dengan sebuah jenama lain yang berzaman, kira2 zaman abang aku beli dulu dengan sebuah syarikat elektrik ler... ingat mudah buat pinjam. :-( tapi hampeh.
Masa beli kat ampang point, Syarikat FMCt-chologies banyak membantu gak, tak berapa mesra pelanggan, tapi memberi kerjasa dengan baik, ambil masa satu hari jer untuk dapatkan baby aku, tapi aku kecewa sikit sebb, budak baru dier macam blur2 jer, nampak mcm lepasan spm ler katernyer... tapi aku tak kesah, sebab bg aku yang penting baby aku nih dapat dibawa balik, Yahoo..... gembira sakan, 23.12.2009 tarik baby nih aku dapatkan tak terkata ler....
Tengah jalan2 plak kat shopping complex ampg point nih... aku terperasan dengan P1w1max.
Subscribe to:
Posts (Atom)